Usahawan From Zero To Hero (Mohd Nuramin Bin Mohd Said SX130181CSRS01)

Profil Usahawan Pilihan
DATO' ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN 
Pengarah Dan Pengasas D'herbs Holdings (M)

Alamat
:
WISMA DHERBS HOLDINGS (M) SDN. BHD.
No 2A-1, Jalan Pekaka 8/1D,
PJU 5 Prestij Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya Selangor.
Tel
:
0111.999.0606  / 03 6144 6767


E-mel
:
deherbshealthy@yahoo.com
LamanWeb
:

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman telah dilahirkan pada 3 april 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Beliau memang minat berniaga sejak dari kecil  dan ingin hidup berdikari. Ketika di sekolah rendah, beliau menjual kacang dan jeruk bagi mendapatkan duit lebih. Beliau pernah sambung belajar di Kolej Taylor selepas tamat tingkatan lima tetapi tidak habis kerana kurang minat untuk belajar. Beliau mula mencari pendapatan sampingan selain bekerja seperti biasa dengan mengadakan bengkel kesihatan dan kecantikan pada hujung minggu dan menjual produk –produk kesihatan dan kecantikan. Dengan pendapatan sekitar RM1000 –RM2000 setiap kali bengkel kesihatan, idea untuk menghasilkan produk sendiri tercetus.

Pada September 2010, D’Herbs Healthy Sdn Bhd telah ditubuhkan dengan hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan mempunyai seorang pekerja sahaja. Produk-produk pertama dan utama yang dihasilkan adalah bedak asas, produk pelangsingan, minuman kesihatan wanita dan lipstick rawatan bibir. Sehingga kini, syarikat beliau telah mempunyai hampir 30 rangkaian produk baru dengan seramai 15 orang kakitangan. Pertambahan bangunan operasi juga telah melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D’ Herbs telah menjadi suatu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna sama ada di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Cabaran Yang Dihadapi Untuk Berjaya

Setiap usahawan pasti akan menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sebelum berjaya menjadi usahawan yang terkenal. Cabaran yang dihadapi oleh Dato’ Aliff Syukri tidak kurang hebatnya. Beliau mula memanjat tangga di sekitar Shah Alam, Selangor bagi menjual produk kecantikan dan jamu keluaran syarikat terkenal. Meskipun menyedari banyak premis yang memaparkan papan tanda “ Jurujual tidak dibenarkan masuk “ ,ia tidak mematahkan semangat beliau. Beliau mengambil masa waktu rehat tengah hari untuk menjaja produk beliau. Pada awalnya, ramai yang meragui kewibawaan beliau yang ketika itu berusia 19 tahun kerana takut jualan yang dilakukan adalah berdasarkan keuntungan bukan berdasarkan keberkesanan dan kualiti produk. Tetapi berkat penerangan yang diberikan dengan jelas dan juga demonstrasi kepada pelanggan, maka beliau telah berjaya menarik perhatian mereka terhadap jualan beliau.

Dato’ Aliff syukri mula mengambil tindakan drastik dengan mencontohi pengeluar produk kecantikan lain dengan mengeluarkan produk sendiri. Beliau menghadapi cabaran apabila cuba memohon pinjaman bagi memulakan perniagaan. Proposal yang telah diusahakan oleh beliau selama berbulan-bulan telah ditolak mentah-mentah disebabkan oleh faktor diantaranya usianya yang masih muda, tidak mempunyai penjamin dan sebagainya. Namun semua itu tidak mematahkan semangat beliau. Beliau telah memanggil beberapa pelanggan dan rakan-rakan terdekat yang telah berminat dan yakin akan beliau yang ingin membuat satu jenama. Dengan bantuan modal dari rakan-rakan dan pelanggan, beliau telah jadikan sebagai pelaburan dengan jumlah sekitar RM 100,000. Maka dengan itu wujudlah syarikat beliau iaitu D’Herbs Healthy Sdn Bhd.

Pada Peringkat awal, beliau terpaksa mengelilingi satu negara bagi memperkenalkan produk keluaran syarikat beliau. Beliau adalah bos, pemandu, jurujual, ejen dan pegawai pemasaran dalam satu masa. Beliau tidak segan dan malu untuk mempromosikan produk beliau walaupun di pasar malam kerana beliau yakin mampu menghasilkan produk berkualiti dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.

Sehingga kini, syarikat D’Herbs Healthy telah mengeluarkan 50 jenis produk yang mula memasuki pasaran antarabangsa termasuk singapura, Brunei dan Indonesia.

Pencapaian

Merupakan usahawan kecantikan dan kesihatan yang termuda di Malaysia
Mendapat gelaran Dato’ atas usaha beliau dalam bidang kecantikan dan kesihatan di Malaysia
Mengeluarkan lebih 50 jenis produk kesihatan dan kecantikan dalam masa 3 Tahun dan merupakan antara produk yang terlaris di pasaran.

Perkembangan Tahun 2012 - 2015

Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana D’Herbs telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan D’Herbs telah mengembangkan perniagaan dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini, D’Herbs mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar mereka untuk menjual dan memasarkan produk D’herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.

D’Herbs juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.

D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini. Mereka menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan.

Untuk pembelian online atau atas talian, Produk D'Herbs boleh didapati melalui Syarikat Deherbs Global Marketing yang bertanggungjawab dalam urusan belian atas talian www.deherbs.com.my dan www.facebook.com/DeherbsHealthySdnbhd.

Rujukan

http://www.deherbs.com.my/v1/index.php/2013-08-22-07-41-26/88-profile/105-latar-belakang
http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/07/kisah-sayu-hidup-pengasas-dherbs-dato.html 
http://www.mysumber.com/siapa-dato-aliff-syukri-terlajak-laris-d-herbs-af-2014.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130412/ke_01/Aliff-Syukri-cetus-fenomena
http://miewildblogku.blogspot.com/2013/12/datuk-aliff-syukri-kamarzaman.html
http://www.currentlife2u.com/2014/07/02/kisah-sayu-hidup-pengasas-dherbs-dato-aliff-syukri/


Share on Google Plus

About INTELEK DOM SDN BHD

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment